The ancient city of Nablus has been famous for its hand-made soaps since the tenth century.Made from virgin olive oil, the Soaps of Nablus are the renowed for their medicinal benefits and beautifying effects..

Tuesday 31 July 2012

Dari hati wardina saffiyah


Sabun Nablus yang sungguh wangi ini diperbuat daripada minyak zaitun asli dari Palestine. Ya asli! Ianya bebas dari bahan merbahaya! Dibuat dengan cara tradisi, bukan dikilangkan dengan banyak dan pantas seperti jutaan sabun 'popular' lain. 


Sabun Nablus menjadi pilihan saya kerana keasliannya, aromanya yang memikat dan melihat kulit anak-anak yang makin sihat, saya cukup teruja berkongsi tentang sabun ini dengan anda semua! 
 

Malah saya tidak menggunakan shampoo, cuma menggunakan sabun Nablus sahaja untuk rambut mereka. Terasa inilah antara sumbangan kepada orang Palestine dengan membantu mereka kerana Palestine kaya dengan minyak zaitun.

Yang paling saya gemari? Pilihan aroma dan sabun yang pelbagai! Dari Kurma, Anggur, Madu, Lavender, Lemon, Susu, Avocado, Delima, Tea Tree dan pelbagai jenis herba! Setiap sabun kaya dengan khasiat tersendiri yang sesuai untuk gaya hidup serta masalah yang dihadapi.


 

 Saya begitu seronok memilih, anda juga pasti teruja. Macam memilih toppings di Tutti Fruity lagaknya! Yang pasti, ianya menjadikan badan dan tangan anak-anak lebih bersih, kulit mereka juga lebih sihat berseri. Amna mempunyai masalah kulit (eczema di tapak kaki dan alah dengan sabun biasa), saya menggunakan Tea Tree juga Avocado untuknya.


Sabun-sabun asli ini adalah sabun yang digunakan sejak turun temurun sejak ribuan tahun dahulu. Cuma apabila segalanya dikomersialkan demi mengaut keuntungan maka cara tradisi sebegini ditinggalkan. Kita disogok dengan iklan dan media untuk membeli barang-barang yang di mass produce atau dikilangkan dengan banyak! Yes! It's one of my favourites!




 www.wardinasafiyyah.com/ulasan/produk/25-sabun-nablus

No comments:

Post a Comment